Cinta Bersatu

Banyak yang nak di ceritakan tentang cinta yang sedang berbunga. Bukan selamanya bunga. Ada juga duri yang sembunyi disebalik daun-daun.Tak kira apa pun yang datang. Cinta tetap harus diteruskan. Bagaimanakah harusku jalani dugaan menimpa?? Siapa sangka, senyuman yang terukir itu adalah sebahagian daripada air mata? Menangis mengenangkan cinta yang banyak likunya. Tak sanggup untuk meneruskan tapi percayalah bila kita ikhtiar untuk tetap bersamanya, kita akan kecapi kebahagiaan yang sempurna. Kadang kala kita perlu mengambil masa untuk memulihkan cinta yang luka. Kadang kala kita harus membuat tindakan yang cepat agar cinta tidah mudah beralih arah. Sayangnya jika cinta yang kita idam-idamkan akan musnah akibat kita membiarkan cinta pergi. Jadi fikirlah sewajarnya untuk meneruskan mengejar cinta abadi. Semangat cinta sangat di perlukan untuk terus kekal bersama yang tersayang apatah lagi mengidamkan 'naik pelamin'. Semasa bercinta, tidak di nafikan semuanya indah belaka. Bila dah buat tarikh untuk persiapan nikah, lain pula perangai masing-masing. Sabar.. Allah baru uji sedikit sahaja. Apabila sudah bersatu, lagi banyak dugaan. Ada yang tak tahu jadi tahu. Ada yang tak biasa jadi biasa. Malah ada yang baik jadi tak baik. Haaa... dugaan tu. Harus ambil kisah. Tak semua hati dan perangai pasangan kita tahu. Lagi-lagi yang bercinta selepas kahwin (macam saya) banyak yang kita tak tahu tentang pasangan dan keluarga pasangan. Sabar itu kuncinya dan carilah solusi untuk menyelesaikan masalah. Jika kita tak mampu atau buntu, berilah orang ketiga yang membantu. Ada pula masalah yang kecil di besar-besarkan, jangan gopoh tuduh melulu.. tanya elok-elok dan ambil tindakan seperti menasihati atau meminta maaf kalau kita benar salah. Tak ada yang mustahil dalam hidup ini. Apa yang kita perlukan hanyalah toleransi dan kepercayaan sesama pasangan. Yakin Allah akan beri yang terbaik untuk kita. Mohon kepadanya, ringankan dugaan yang sedang dialami. InsyaAllah semuanya akan selesai. Cinta itu indah.. janganlah kita berperasangka kepada pasangan kita. Yang pertama itu lebih baik. Kalau dah jodoh, InsyaAllah dugaan apa pun yang datang cinta tetap milik kita. Berbahagialah selagi mampu untuk bahagia. Tertawalah selagi mampu untuk tertawa.

Sampai sini jer dulu Eliy tulis.. Kepada kawan-kawan Eliy yang ada masalah dengan pasangan, InsyaAllah ada jalan keluarnya dan kepada kawan-kawan Eliy yang dah naik pelamin tu, semoga bahagia Eliy doakan. Bye.. Assalamualaikum.. =)


Comments