Pengalaman Mengandung


Assalamualaikum.. Hai..

Ramai yang tertanya-tanya apa perancangan selepas kahwin? Ha... Mestilah nak timang baby. Walaupun usia ni muda sangat kata orang, tapi niat nak timang baby pun tinggi. Merancang lepas berkahwin tu ada, tapi tak boleh tunggu sebab kami sukakan baby. Nak ada baby sendiri. Jelous tau orang lain ada baby. Itulah rezeki paling istimewa. Betul tak??

Hampir tiap-tiap bulan Eliy buat urine test. Tak ada lagi. Memang hampa rasanya tapi mesti sabarlah. Mungkin belum ada rezeki lagi. Lama tunggu. Hampir 8 bulan kami tunggu. Dan pada bualan Oktober, Eliy tak fikir pun yang Eliy akan mengandung. Cuma selalu rasa cepat letih dan pening. Tak sanggup rasanya nak buat kerja rumah. Nak baring je setiap masa. Kerja-kerja dekat tempat kerja pun terganggu sebab pening dan cepat letih. Tak tahulah kenapa dengan diri ini. Nak kata datang bulan, belum lagi. Nak kata ngandung, tak pasti. 

Jadi Eliy biarkan saja sampai satu hari tu, mak cik ada tanya, "Kenapa kau letih semacam? Muka pun lain.". Ha?? Muka lain? Lagilah Eliy tak faham apa yg di maksudkan. Bila mak cik cek nadi (Dia tukang urut, jadi dia lebih tahu) dan dia kata Eliy pregnant. Hishhh... biar betul? Bulan ni belum sampai tarikh priod lagi. Macam mana boleh detect?? Pelikkan? Tapi tulah hakikatnya, Eliy pregnant 4minggu. Seronok Si Hubby. Satu office dia tahu yang Eliy pregnant. Masa tu pulak Eliy balik kampung dengan ayah, Si Hubby kerja jadi tak dapat teman. Hanya dapat send gambar urine test je lah. Itu pun dah buat dia happy sakan.

Sudah 4 minngu rupanya :)

Alahamdulillah... Dapat tahu jer dah 4 minggu pregnant. Apa lagi?? Mastilah nak banyak bertanya dan buar research kan. Exited dapat first baby. Ahhhh!! I'm so excited! Gila tak exited kalau boleh Si Hubby nak jadi king kong tau. Nak menjerit bagi tahu satu dunia. Siapa tak happy dapat baby kan? Tak kiralah anak first ke, anak last ker. Yang penting ni lah anugerah terindah dan bersyukur sangat dikurniakan seorang cahaya mata.

Masa pregnant ni macam-macam pula dugaan datang. Ada pula yang tak faham situasi kita yang terkena morning sickness (mabuk). Sebenanrnya ikut masing-masing. Ada yang tak teruk dan ada yang teruk sampai tak bangun pun ada. Sebagai orang sekeliling atau yang belum rasa lagi tu, kita mesti memahami even tak tahu apa nak buat dengan ibu mengandung ni. Tak apalah dugaan saja. Nanti okey lah tu mabuknya. Eliy amat pentingkan penjagaan baby sebab kita sebagai bakal ibu bapa mesti kena tahu apa yang patut kita buat dan tahu. 

 Semasa Eliy pregnant 3 bulan dan 6 bulan

Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari bagi usia yang sangat muda ini. Tidak hairanlah jika banyak kesilapan yang kita lupa atau terlepas pandang. Bagi Eliy apa yang dikongsikan dan dipelajari adalah dari diri masing-masing. Tentang orang sekeliling yang menyarankan sesuatu atau memberi tips, Eliy terima dengan hati yang terbuka sahaja, mana yang kurang Eliy hanya mendengar sahaja.

Pengalaman pertama ni, banyak dugaanya seperti kesihatan tubuh badan yang tak menentu, emosi yang kadang ok kadang ko, baby dalam kandungan yang kadang senyap kadang aktif dan macam-macam lagi. Apa yang Eliy lalui banyaknya kepada emosi. Emosi Eliy banyak terganggu dengan orang sekeliling yang sering membuat judgement terhadap Eliy. Misalnya apabila kita terlalu letih, progres kita ditempat kerja juga menurun jadi ada yang menggunakan alasan "kau ngandung ke tak, kerja perlu dibuat mengikut jadual". Ianya sangat mengganggu emosi.

Tidak dinafikan, Eliy juga selalu tertekan dengan perkara remeh. Contohnya makanan yang dihidang oleh restoran tidak memenuhi kehendak Eliy. Ianya diluar jangkaan kerana Eliy sememangnya tidak kisah tentang kehendak yang tinggi untuk makanan. Ya, makanan kan akan masuk ke dalam perut juga. Jadi emosi yang tidak stabil Eliy rasa sangat teruk.

Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal ibu mengandung, cara bersalin, pantang dan penjagaan baby; boleh buka laman web ni. Bagus tau. Eliy suka tips yang mereka beri. Ia sangat berguna untuk kesihatan Si Ibu dan Si Bayi.. Baby Center

Inilah pengalaman Eliy yang Eliy nak kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua dan kepada kawan-kawan Eliy yang dah pregnant atau yang dah ada baby, jagalah dengan penuh kasih sayang dan didiklah sebaik-baiknya. InsyaAllah semuanya berjalan lancar dan sempurna.. Itu sajalah untuk hari ini. Maaflah buat awak semua penat membaca, Eliy memang suka bercerita dan taip-taip ni. Memang panjang lah jadinya. Hihihi... Bye.. Assalamualaikum.. =)

Comments