Perkenalan Yang Singkat

Hai Assalamualaikum..

Di sini Eliy nak ceritakan tentang perkenalan Eliy dan Hubby Eliy yang boleh dikirakan singkat lalu terus kawin. Ermmm.. singkat jugaklah berbanding orang lain yang bertahun. Pertama kali jumpa masa satu tempat kerja. First time pandang muka dia time Eliy pergi interview dan dia keluar dari office nak pergi tandas. Ha.. senyum jer time tu.. Lepastu tak ingat apa dah. Sebulan lepas tu Eliy dipanggil untuk bekerja ditempat tu. Masa tu Eliy kerja di branch lain jadi tak jumpa dia. Dalam 3 minggu tu Eliy hanya dengar nama dia dari kawan dia je. Hari-hari kawan dia becerita pasal dia. Hmmmm.. diam-diam nak tahu juga siapa 'Syafiq' tu. Masa kawan dia offday, dia pun offday. So kawan dia bawa dia ke branch di mana Eliy tengah kerja time tu. Second time tengok muka dia lama-lama. Allah... dalam hati mengutuk-ngutuk. Astagfirullah... Tak suka pun jangan la mengutuk diam-diam kan... Hahaha.. Sejak tu Eliy dipindahkan ke branch yang sama dengan dia. Sungguh!! Hari-hari nak cari pasal dan selalu cakap "Awak bukan taste sayalah..". Kenapalah selalu cari pasal dengan dia. Tak tahu lah. Even dia buat baik pun tak pandang. Nak pendekkan cerita, pada suatu hari tu Eliy tak ada transport nak balik rumah sewa. So dia yang exited nak hantar. Ishhh... Tak mau lah! Malu you know. Dah la anak dara. Tak baik tau. Tak sempat nak tolak, dia kata dia pun kebetulan nak hantar akak satu tempat kerja tu. Bolehlah... janji tak berdua.

Sampai je dirumah, Eliy call dia  untuk ucap thanks sebab kalau tak ada siapa hantar, macam mana nak cari teksi malam-malam?? Dah lah over time sampai pukul 10 p.m. Tak pe lah.. turunkan ego ni sikit sebab masih hormat dia sebakai lelaki. Lepas je malam tu kitorang still buat benda yang sama. Saling kutuk-kutuk lepas tu saling gelak-menggelak macam ape ntah. Hahaha malu kot bila depan dia dan tiba-tiba ada perasaan tu. Pagi seterusnya nak pergi kerja, Eliy nak naik teksi. Tapi dia kata saing je lah sekali jalan sebab dia ambil kawan dia. Wah.. caring jugak. Tapi dia sampai lambat. Eliy keluarlah dari aprtment dan bercadang nak naik teksi. Dah lambat kot, nak sampai office pukul berapa?? Nak dijadikan cerita, kawan dia call marah-marah sebab cari Eliy dikawasan apartment tak ada. Bila dia orang dah jumpa Eliy, semua muka ketat. Bukan salah Eliy. Mereka yang lambat. Entah macam mana sebak tiba-tiba sebab kena marah. Eliy diam je lah sampai masuk office. Dia tak henti-henti minta maaf dan start dari tu lah Eliy dengan dia baik a.k.a rapat.

Tiba-tiba suatu hari tu dia ajak keluar memandangkan kami offday pada hari yang sama. Okey, dia kata "It's a date". Wahhh... date dengan orang ni?? Tak apa lah. Kita kenal dia pun sebab dia rakan sekerja. Date je bukan couple pon. Nak cerita benda yang paling surprise, first date tu dia bawa kedai makan yang selalu pergi dengan kawan sekerja (ya, tak romantik pon pergi tempat makan yang selalu pergi ni). Tiba-tiba datang seorang lelaki tua duduk di depan dia dan dia cakap "Inilah abah saya". Ya Allah... apa ni... terkejut gila abah dia ada kat depan Eliy. Dia kata nak kenalkan Eliy dengan abah dia. Ada masa nanti, dia bawa jumpa semua family dia. Terkejut kot?? Eliy senyap lah. Nak cakap apa. Kalau mak dia ke, bolehlah Eliy ajak berbual. Bila abah dia tanya sepatah, sepatah lah jawab. Errr... muka dah merah ni.... bila nak balik??? Ha.... tau takut. Balik tu Eliy nak singgah Danga Bay. Tengok pantai kejap sambil nak cakap sikit; 'kenapa bagi saya jumpa abah awak?'. Nak tanya ke tak?? Tak sempat tanya, dia dah explain dulu. Okey, Eliy dengarlah dan rupanya dia tak nak Eliy fikir yang dia just nak main-main dengan Eliy. Dia bawa abah dia sebab dia nak serius dengan Eliy. Masa tulah dia melamar Eliy. Eliy tegamam kejap dan tak tahu nak fikir apa. Cepatnya dia bertindak?? Sebenarnya Eliy dah malas nak bercinta dan memang tengah mencari jodoh untuk dijadikan suami je. Tak sangka pulak cepat yang datang. Dah Eliy minta cepat, cepatlah datang. Apalah...

Eliy tak pernah dilamar macam ni. Rasa excited pun ada, malu pun ada. Eliy cuba buka pintu hati ni dan terima dengan ikhlas. Mana tahu ini yang terbaik. Cuma kena siapkan mental dan fizikal je lah. Cubalah.. tak cuba mana nak tahu. Tapi Eliy memang terkejut kot dia secepat itu dan seberani itu. Harta dia banyak, tak juga. Handsome pun tak juga. Manis je lah muka dia tu. Dia kata, dia memang nak tamatkan zaman bujang dan nak ada istri yang selalu ada di sisi dia. Harta boleh cari, tapi istri susah nak cari. Tertanya-tanya juga, Eliy ni baik sangat ke sampai dia melamar Eliy dangan waktu yang singkat? Perangai Eliy pun boleh tahan juga degil. Dia tak takut ke kalau Eliy ni jahat? Ke dia dah nampak kebaikkan yang ada pada Eliy?? Sampai sekarang tak tertanya. Kalau dia cakap pun, sebab Eliy ni pilihan terbaik dia.

Ya Allah... secepat ini ke jodoh datang?? Ramai yang cakap jangan gopoh dan kenallah dia lebih rapat sebelum kawin. Eliy hanya berserah pada Allah semoga merestui hubungan ini dan semoga dialah jodoh terbaik untuk Eliy. InsyaAllah.. Lepas berbincang dengan family masing-masing, kami bersetuju untuk di satukan. Pada raya ke-5, dia nak datang merisik katanya. Okey lah saling mengenal keluarga masing-masing. Bila Eliy keluar dari bilik, ayah kata Eliy dah jadi tunang dia. Eh?? Bukan datang nak merisik je ke?? Ayah cakap, tak elok tunggu lama-lama. Ayah pun dah cadang nak tunangkan terus dan semua setuju. Jangan tanya Eliy. Eliy dah tak tahu nak cakap apa, cuma sengeh sampai ke pipi. Gigi ni semuanya nampak. Dah terlalu happy dah. Nak cakap apa pun dah tak tahu. Cepatkan?? Family dia dan family Eliy dah setuju untuk nikah pada bulan Febuari. Semasa tunang ni lah kita saling mengenal. Gaduh, ketawa, marah dan lain-lain semua ada. Bila teringat masa mula-mula kenal dulu, asyik nak gelak jer. Mana taknya, sorang kutuk banyak babat, sorang kutuk mata besar. Haha....

Alhamdulillah selesai juga majlis pernikahan dan kami sah menjadi suami isteri. Eliy tak buat besar-besar pun. Maklumlah, utamakan yang wajib dulu. Ada rezki lebih, baru buat majlis. Itu pun semua pakcik-makcik, atuk-nenek, kakak-adik, ibu-abah dia tolong sponser. Semua nak tengok anak lelaki satu-satunya dan cucu lelaki kesayangan bersanding. Syukur jugaklah sebab tak jangka nak buat majlis bersanding. Ingat nak buat jamuan jer. (Bajet tak cukup maa...). Majlis sebelah perempuan pun sama. Nenek, pakcik-makcik, ibu-ayah nak adakan majlis makan-makan. Ayah tak nak buat besar-besaran, katanya lebih baik duit simpanan tu buat belanja harian. Ayah pun faham kami tak bersedia apa-apa. Yang paling best, pak ngah sponser ikan bawal yang dipancing sendiri dilaut (ikan favret).

Ramai yang terkejut dengan keputusan kami yang boleh dikatakan mendadak. Tak apa... Allah ada untuk menyelesaikan masalah yang harus Eliy hadapi. Muda-mudahan dialah lelaki terbaik yang pernah Eliy jumpa. Mesti ramai yang tanya, macam mana kehidupan selepas berkahwin dengan mengenali lelaki dengan waktu yang singkat. Nak tahu?? Carilah post yang Eliy tulis bertajuk Cinta Bersatu.

Majlis Sanding Sebelah Lelaki

Majlis Sanding Sebelah Perempuan

Sampai sini jer dulu cerita tentang perkenalan yang singkat. Yang baik bolehlah dijadikan contoh dan yang buruk dibuang. Kepada gadis-gadis yang masih mencari, janganlah meminta sesuatu sampai tak boleh ditunaikan oleh lelaki. Yang baik didahulukan bagi mengelak perkara tak diingini. Kalau pasangan setuju untuk buat majlis seperti dimahukan. Good luck! Semoga berbahagia okey.. dan semoga memberi manfaat untuk semua.. Bye.. Assalamualaikum.. =)

Comments