Anakku Baby Anencephaly

Assalamualaikum.. Hai semua..

Hari ini Eliy nak ceritakan sikit tentang pengalaman Eliy melahirkan Baby Anencephaly yang puncanya daripada Asid Folic dalam badan sangat rendah. Sepatutnya ia dapat dikesan dalam seawal bulan baby dah terbentuk tetapi lain pula kes Eliy ni. Soooo tarik nafas.... Eliy akan ceritakan kat sini pengalam Eliy tapi tidaklah terperinci seperti research seorang doctor. Ini hanya pengalaman sebagai pesakit dan sokongan moral sahaja.

Tahun pertama kami berkahwin kami dah decide untuk ada baby tapi kami bukanlah perancang yang baik sebabnya kami tidak membuat apa-apa persediaan malah tidak mendapatkan mana-mana nasihat doctor. Kami kahwin muda, jadi ilmu belum cukup untuk menjadi parents. Kami ada buat test, beberapa kali juga dan ianya gagal. Rasanya hampir 8 bulan saya belum ada rezeki lagi untuk mengandung.

Baiklah, untuk history dalam sakit puan itu ada. Berlaku semasa SPM (semasa tengah menduduki percubaan SPM). Seawal darjah 4 lagi Eliy kerap mengalami senggugut tetapi Eliy datang bulan semasa darjah 6. Dua tahun menderita sakit senggugut dimana ia kadang-kadang terjadi dalam sebulan sekali. Sejak pertama kali datang bulan akan ada sengugut yang sangat sakit sehingga ponteng sekolah dan ponteng kerja. Ya! Saya tidak merujuk mana-mana hospital sakit puan atau mana-mana klinik tentang apa yang saya lalui kerana ia dikatakan masalah kewanitaan yang biasa dialami oleh semua kaum wanita. Ya, itu yang saya dengar.

Balik kepada kes semasa SPM tadi, kalau tak silap Eliy peperiksaan percubaan itu baru bermula satu subjek iaitu Bahasa Melayu. Tiba-tiba senggugut datang memandangkan hari pertama datang bulan dalam bulan itu. Cikgu Seni Eliy perasan Eliy sedang sakit sangat-sangat dan dia hantar Eliy ke klinik yang berdekatan. Doctor beri suntikan pain killer mungkin dan sakit mula kebah. Nangis tetap nangis yaa. Malangnya Doctor tersebut hanya membuat konklusi yang Eliy ada masalah tekanan perasaan. Dalam hati berkata "Kau gila?? Aku tengah sakit nak mati kau kata aku ade tekanan perasaan yang biasa remaja lalui? Oiii kau bangang ke apa?" Haaa... maaf lah mencarut, Doktor pelatih tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul. Haha!

Setelah keesokan harinya, saya masih tidak boleh bangun dari katil. Nenek sy mula risau sehingga dia nekad untuk bawa sy ke hospital. Ya, saya ditahan wad tetapi diagnosis mereka mengatakan saya mungkin appendix. Ok, sy cerita hal sebenar yang mana saya datang bulan sekarang ini dan ia terlampau sakit. Ini adalah hari kedua saya datang bulan dalam bulan ini, akan tetapi bulan lepas punya haid masih lagi ada. Mind blowing kan? Ok macam ni. bulan lepas Eliy datang bulan satu bulan. Dalam sebulan tu darah asik keluar walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ini adalah bulan seterusnya dimana kuantiti darah kembali banyak seperti biasa.

Kita pendekkan cerita sebab dah jauh sangat dah ni dari Anencephaly. So bila scan ada Ovarian Cyst dirahim sebelah kiri. Doctor suggest Eliy buat Laparoscopy bagi memudahkan proses draining mungkin sebab dia hanya tunjukkan balang berisi cecair dan ada sedikit darah didalamnya, saya tak tahu apa itu sebab masih dalam keadaan separa sedar. Jadi, adakah Anencephaly berkait dengan ovarian cyst? Eliy masih tidak dapat jawapan sampai sekarang tetapi doktor memandang serius tentangnya. Kaitannya adalah sakit puan. Ia department yang sama kalau masuk wad. Haha!

Berbalik kepada pengalaman Eliy mengandung. Pada bualan Oktober, Eliy tak fikir pun yang Eliy akan mengandung. Cuma selalu rasa cepat letih dan pening. Tak sanggup rasanya nak buat kerja rumah. Nak baring je setiap masa. Kerja-kerja dekat tempat kerja pun terganggu sebab pening dan cepat letih. Tak tahulah kenapa dengan diri ini. Nak kata datang bulan, belum lagi. Nak kata ngandung, tak pasti. Jadi Eliy biarkan saja sampai satu hari tu, mak cik Eliy ada tanya, "Kenapa kau letih semacam? Muka pun lain.". Ha?? Muka lain? Lagilah Eliy tak faham apa yg di maksudkan. Bila mak cik cek nadi (Dia tukang urut, jadi dia lebih tahu) dan dia kata Eliy pregnant. Hishhh... biar betul? Bulan ni belum sampai tarikh priod lagi. Macam mana boleh detect?? Pelikkan? Tapi tulah hakikatnya, Eliy pregnant 4minggu. Seronok Si Hubby. Satu office dia tahu yang Eliy pregnant. Masa tu pulak Eliy balik kampung dengan ayah, Si Hubby kerja jadi tak dapat teman. Hanya dapat send gambar urine test je lah. Itu pun dah buat dia happy sakan.




Sudah 4 minngu rupanya :)

Alahamdulillah... Dapat tahu jer dah 4 minggu pregnant. Apa lagi?? Mastilah nak banyak bertanya dan buar research kan. Exited dapat first baby. Ahhhh!! I'm so excited! Gila tak exited kalau boleh Si Hubby nak jadi king kong tau. Nak menjerit bagi tahu satu dunia. Siapa tak happy dapat baby kan? Tak kiralah anak first ke, anak last ker. Yang penting ni lah anugerah terindah dan bersyukur sangat dikurniakan seorang cahaya mata. Masa pregnant ni macam-macam pula dugaan datang. Ada pula yang tak faham situasi kita yang terkena morning sickness (mabuk). Sebenanrnya ikut masing-masing. Ada yang tak teruk dan ada yang teruk sampai tak bangun pun ada. Sebagai orang sekeliling atau yang belum rasa lagi tu, kita mesti memahami even tak tahu apa nak buat dengan ibu mengandung ni. Tak apalah dugaan saja. Nanti okey lah tu mabuknya. Eliy amat pentingkan penjagaan baby sebab kita sebagai bakal ibu bapa mesti kena tahu apa yang patut kita buat dan tahu. 

3 bulan dan 6 bulan



Eliy pergi check-up setiap bulan ikut tarikh temujanji dan hanya sekali sahaja eliy buat Ultrasound Scan kerana Eliy hanya menurut perintah doctor dan nurse di KKM. Gambar semasa 3 bulan tu semua dah nampak ok. Gambar baby juga nampak sempurna. Ada kepala, kaki, jantung semuanya ada. Ia ia kurang jelas mungkin, tetapi Eliy hanya akur apa yang dikatakan doctor. 

Tak lama selepas Eliy ambil gambar kat atas ni (semasa kandungan 6bulan), Eliy rasa sakit perut yang amat sakit. Kenapalah sakit sangat? Eliy pujuk Si Hubby utk pergi klinik swasta. Dia terpaksa ponteng kerja sekejap untuk bawa Eliy ke klinik. Apabila sampai di klinik, Eliy minta doktor scan untuk memastikan baby sihat. Doktor pun turuti kemahuan Eliy. Semasa doktor scan, doktor susah nak cari baby kerana baby dah terlalu bawah. Kemungkinan baby mahu lahir. Tapi Eliy tak ada rasa sebarang kontrasi. Macam mana tiba-tiba baby nak keluar. Doktor sarankan untuk buat scan 4D biar lebih jelas kedudukan baby. Maka kami pun bercadang untuk pergi ke klinik pakar swasta untuk buat scan 4D tetapi kami tidak dapat pergi sebabkan Si Hubby kata "tunggu malam nanti kita pergi hospital terus."

Tiba tengah malam (dalam 12:30 a.m) Eliy still sakit perut lagi meski pun dah makan ubat yang dibenarkan oleh doktor. Apabila sampai je di Hospital Sultanah Aminah, mereka menanyakan beberapa soalan dan melakukan pemeriksaan. Eliy kata "saya pergi ke klinik swasta dan buat scan, Doktor tu kata kepala baby tak ada mungkin baby ter slip ke bawah" lepas je Eliy cakap macam tu, Doktor tu tergelak kecil "Aiyooo mana ada baby tak ada kepala?? Itu Doktor takde kepala lah." lepas je dia cakap macam tu, dia pun letak alat Ultrasound tu diperut Eliy. Dia pergi ke kanan ke kiri dan tiba-tiba dia terkedu lalu berkata "Eh? mana kepala dia? I think it's not normal". Huiiiii berderau darah bila dia cakap macam tu. Menggelupur dia call doctor pakar yang bertugas suruh turun sekarang. Eliy dah blur-blur dah sebab apa yang doctor ni panikkan? Tak cakap dengan Eliy pulak tu. Tiba je doctor pakar tu, buat lagi scan kali ke dua. Apa yang mereka cakapkan Eliy tak faham sambil tunjuk-tunjuk scren tu. Lastly dia kata Eliy di tahan wad kerana takut terjadi apa-apa pada Eliy. Okay, tunggu esok.


Eliy ditahan wad di HSA

Petangnya, perut Eliy discan sekali lagi bagi memastikan baby okey. Ternyata, dokter pakar mengesahkan baby Eliy adalah baby Anencephaly dah berada di bawah dan menunggu untuk bersalin. Doctor berkata lagi, kes ini jarang mereka temui dalam 100 pasti ada 1 yang terkena. Ini kerana Eliy kurang asid folic dalam badan. Baby dalam kandungan boleh hidup sehingga 9 bulan, akan tetapi tidak akan boleh hidup jika telah bersalin kerana baby Anencephaly tiada otak dan tempurung kepala. Bayangkan baby tiada otak, apa yang perlu dia buat untuk survive? Apa yang baby nak buat selepas ia bersalin? Nangis? Meronta? Baby tak tahu sebab dia tidak ada otak untuk dia berfikir. Sangat-sangatlah sedih bertambah sedih apabila aku buat research tentang baby Anencephaly. Boleh Google apa itu Anencephaly dan ini gambar yang tak seram untuk mengetahuan semua bagaimana rupa baby Anencephaly.



Lama Eliy duduk di hospital. Dokter pakar pula tak bagi balik sebab baby dah betul-betul berada dibawah perut. Kata dokter lagi, baby Eliy mungkin tak lama kerana usianya yang kecil dalam 23 minggu. Padahal kandungan baby Eliy dah 26 minggu. Ya Allah... dugaan yang datang. Sayu rasanya bila tahu baby tak boleh lama. Inilah dugaan.. Allah masih sayangkan kami dengan memberi ujian yang besar. Tak tahu bagaimana nak mengungkapkan dalam kata-kata. Eliy hanya menunggu waktu itu tiba. Kontrasi yang Eliy rasakan lebih kerap. Tak ada tanda atau air ketuban. Jalan pun baru 1cm. Sakitnya menahan sakit Ya Allah... inikah yang ibu-ibu kita rasa semasa melahirkan kita?? Separuh mati itu Eliy dapat rasakan. Ya... betul separuh mati.

Sekarang ini Eliy perlu memilih apakah solusi yang terbaik yang Eliy patut pilih. 
1 - Bersalin awal (induce berkala boleh balik, datang semula utk induce)
2 - Simpan baby sehingga 9 bulan dan tunggu tarikh deu date tetapi masalah untuk si ibu.

Si Hubby pilih solusi nombor 1. Katanya dia rela kehilangan baby daripada kehilangan Eliy. Menurutnya baby tidak akan boleh hidup jika bersalin, jadi mengapa kita harus berharap baby akan bersama kita? Bagaimana pula si ibu menghadapi komplikasi lain? Dia tak sanggup kehilangan dua orang dalam masa yang sama. Biarlah hanya seorang. Dalam sebak aku mempersetujui keputusan Si Hubby. Kami memilih solusi yang pertama dan bedoa berharap agar Allah memudahkan urusan kami.

Pada 22 March 2014 pukul 2:00 a.m, Eliy dah tak tahan menahan sakit. nurse dah bagi ubat tahan sakit (dos tinggi) dan tak mungkin Eliy dapat lagi. Eliy betul-betul tak dapat tidur. Beberapa kali Eliy cuba tidur dan relaks kan diri. Tidak! Eliy tetap tersedar dengan kehadiran kontrasi itu. Banyak kali Eliy cuba beri tahu nurse tapi nurse tak boleh buat apa. Jalan baru terbuka 2cm, tanda-tanda atau air ketuban pun tak ada. Eliy dah tak tahan, setiap minit nak ke tandas. Dengan langkah seperti siput, Eliy duduk dikerusi berhadapan nurse dan doktor. Kalau Eliy tertidur dikerusi pun tak apa. Asalkan Eliy dapat tidur. Tiba-tiba terasa ada yang bocor dipanties lalu Eliy terus bangun dari tempat duduk. Semua staff nurse dan doktor terkejut dengan perbuatan Eliy dan bertanya "Air ketuban pecah ke?". Eliy hanya balas "Tak tahu, tapi ada rasa air keluar". Bergegas nurse dan doktor check jalan dan Alhamdulillah dah buka 6cm-8cm serta-merta. Berkat doa Eliy yang tak putus-putus untuk memudahkan proses bersalin.

Sampai di labour room, doktor dan nurse kata air ketuban belum pecah lagi jadi Eliy harus tunggu lagi. Tidak!! Ni dah nak keluar, kenapa nak tunggu lagi?? Memang kelakar semasa dalam labour room. Nurse jadi tempat mengadu kesakitan dan hanya menangis macam budak kecik. Maklum lah.. pengalaman macam ni mana pernah di lalui. Sekadar mendengar dan membaca tips sahaja tak cukup. Bila dah panik, kita tetap panik dan tak tentu arah. Eliy rasa memang betul baby nak keluar, Eliy tarik nafas dalam-dalam dan teran dengan nafas panjang. Alhamdulillah.... dengan 2 kali teranan panjang, baby keluar dengan mudah. Alhamdulillah juga Eliy tak ada luka dan tak perlu jahit. Eliy bersalin sekitar jam 5:40 a.m.

Lega rasanya baby dah keluar. Comel sangat! Ikut muka Si Hubby. Tapi baby tak boleh dibiarkan lama sebab baby perlu masuk dalam incubator atau kotak oksigen. Keadaan baby sangat lemah dan hanya satu tangisan sahaja yang Eliy dengar "Nyeekk!". Si Hubby baru sampai... dia lambat kerana rumah dan hospital agak jauh. Eliy dah bersalin dulu dah. Hubby sempat azankan baby yang berada di dalam kotak lalu baby segera di bawa ke Blok A3. Eliy pula sedang lemah dan ingin tidur. Mana taknya, ubat tahan sakit dos tinggi dah bagi tapi still tak dapat tidur. Memang mengantuk. Lepas Eliy dibawa ke wad semula, Eliy hanya tidur kerana terlalu penat.

Siangnya sekitar pukul 8:00 a.m Hubby call dan beri tahu baby dah meninggal sekitar pukul 7:40 a.m. Sedih sangat sebenarnya. Tapi hati ini harus gagah dan banyak bersabar mengharungi dugaan yang Allah beri. Jenazah baby siap pada pukul 10:00 a.m dan terus dikebumikan ditanah perkuburan kawasan perumahan kami. Sebak bila teringat semuanya. Tak apalah.. Allah lebih sayangkan dia. InsyaAllah ada rezki lain, Eliy pregnant lagi. Pengalaman dan kenangan yang paling terindah dan tak dapat dilupakan. Serius! Seronok bersalin ni. Eliy nak rasai pengalaman bersalin lagi. Lebih seronok dapat lihat baby keluar. InsyaAllah ada rezki lain nanti dan ada hikmah di sebalik pengalaman Eliy.

Inilah pengalaman Eliy yang Eliy nak kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua dan kepada kawan-kawan Eliy yang dah pregnant atau yang dah ada baby, jagalah dengan penuh kasih sayang dan didiklah sebaik-baiknya. InsyaAllah semuanya berjalan lancar dan sempurna.. Itu sajalah untuk hari ini. Maaflah buat awak semua penat membaca, Eliy memang suka bercerita dan taip-taip ni. Memang panjang lah jadinya. Hihihi... Bye.. Assalamualaikum.. =)

Comments